Artikel

Menjelang 2025, KKM Sasar Tiada Peningkatan Obesiti Di Malaysia

Walaupun dijangka sekitar 41% penduduk dewasa Malaysia bakal berdepan obesiti pada tahun 2035 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini kekal optimis melandaikan unjuran tersebut, dengan menyasarkan tiada peningkatan kadar obesiti menjelang tahun 2025 di negara.

Pada sidang Parlimen hari ini, KKM memaklumkan kadar obesiti negara kini di paras 15% berdasarkan kes penyakit tidak berjangkit (NCD). Maka dijangka dapat dikekalkan tahap tersebut di bawah paras 15%.

Buat pengetahuan umum sebelum ini, kadar obesiti negara telah naik kepada 19.7% pada 2019, berbanding 17.7% pada 2015. Maka langkah lanjut melalui inisiatif Agenda Malaysia Sihat (AMS) dijangka dapat menyokong pendedahan berhubung gaya hidup sihat bersama rakyat negara dari semasa ke semasa.

Selain peningkatan obesiti, kerajaan juga akan bertindak mengurangkan peratusan dalam isu diabetes dan hipertensi. Antaranya menetapkan sasaran indeks KPI pada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi menjelang 2025 dengan mengurangkan isu penyakit darah tinggi sebanyak 25%.

Ini turut meliputi usaha mengurangkan penggunaan garam 30%, dan 10% melibatkan aktiviti fizikal tidak aktif kelak.