Artikel

LHDN Tidak Lagi Terima Cek, MOPO – Selaku Instrumen Terimaan Bayaran Cukai Langsung 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini secara berperingkat mengumumkan tidak lagi menerima cek dan MOPO iaitu Money Order/Postal Order selaku instrumen terimaan bagi bayaran cukai langsung di semua Pusat Pengurusan Terimaan LHDN, Kaunter Bayaran Duti Setem, bank dan pejabat pos – bermula 1 Jun lalu.

Jelas LHDN lagi, pelaksanaan pemberhentian penerimaa ini akan dijalankan libatkan Kauter Bayaran PPTH KL, Kuching dan Kota Kinabalu. Diikuti kaunter bayaran bank dan Pos Malaysia, mesin deposit cek (CDM) di bank yang menjadi ejen kutipan LHDN serta di Pejabat Satelit atau Pejabat Setem Negeri.

Namun pengecualian tersebut diberikan kepada bayaran cukai pendapatan bagi bayaran pendahuluan dan ansuran kes audit, siasatan dan guaman sivil yang menggunakan PDC – Cek/Postal Dated Cheque yang telah dikemukakan kepada LHDN sebelum tempoh 1 Ogos 2023.

Tidak hanya itu pengecualian turut diberkan kepada bayaran potongan cukai 2% terhadap pembayaran komisen oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih di bawah Seksyen 107D – Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagaimanapun setelah 1 Ogos, LHDN memaklumkan pembayaran cukai langsung bagi saluran PPTH, bank ejen dan pejabat pos dengan menggunakan nombor pengenalan cukai (TIN) dapat dilaksanakan pada medium bayaran secara bank draf atau tunai. Manakala bagi bayaran duti setem di Pejabat Satelit atauPejabat Setem negeri pula boleh laksana secara bank draf mulai 1 Julai ini.

Melalui perubahan ini, diharap semua pihak terlibat peka akan peralihan kaedah pembayaran bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan bayaran cukai langsung kelak.