Artikel

RUU Tembakau, Merokok Kini Dirujuk Pada Jawatankuasa Pilihan Khas

Pada bacaan pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 iaitu RUU Generasi Penamat (GEG) pada sidang Parlimen hari ini – dimaklumkan rangka tersebut akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Kesihatan sekali lagi.

Langkah itu menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diambilkira akan tuntutan badan profesional, pemain industri serta NGO. Di mana terdapat beberapa pendekatan lanjut perlu disemak untuk memastikan aturan semak imbang semua pihak berkaitan isu rokok dan vape ini dapat dicapai dengan lebih baik.

Setakat ini, visi agenda ini bertujuan mengawal aktiviti pendaftaran, pengiklanan, pembungkusan, penjualan dan penggunaan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik. Ini termasuklah untuk menguatkuasakan larangan pembelian dan penggunaan sebarang produk merokok kepada generasi yang dilahirkan pada dan selepas 1  Januari 2007.

Buat pengetahuan umum, setakat ini terdapat 186,817 pengguna rokok Konvensional di Malaysia, diikuti 307,109 pula adalah perokok elektronik. Kedua-dua angka ini telah meningkat ketara berbanding data 2017.