Artikel

LHDN : Garis Panduan Sistem E-Invois Akan Tersedia Pada Julai Ini

Bermula Julai ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan garis panduan sistem e-invois bagi membolehkan sekitar 4,000 syarikat yang miliki pendapatan melebihi RM100 juta untuk memahami inisiatif baharu tersebut.

Makluman minggu lalu ini akan memperincikan keperluan yang perlu dilaksanakan syarikat pada sistem e-invois. Ini kerana dijangka kumpulan tersebut disasar menjadi kumpulan pertama pada pelaksanaan sistem terbabit sebelum diperluaskan kepada kumpulan lain.

Buat pengetahuan umum, sistem e-invois akan mula dilaksana pada Jun 2024 – di mana melalui inisiatif ini ia akan memudahkan pembayar cukai menyimpan serta mengawasi rekod kewangan masing-masing untuk kemudahan melunaskan tanggungjawab percukaian mereka.

Melalui pemaparan garis panduan tersebut, LHDN turut terbuka akan sebarang keperluan tambahan yang diperlukan oleh pemain industri melalui proses libat urus bersama sehingga sistem ini dilancarkan pada tahun hadapan.