Bank Negara Malaysia (BNM) kini secara rasminya mengumumkan lantikan Datuk Shaik Rasheed Abdul Ghaffour selaku Gabenor BNM baharu di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong – bagi menggantikan kedudukan Tan Sri Shamsiah Yunus ekoran telah menamatkan peranan selama 5 tahun, berkuat kuasa 30 Jun ini.
Menerusi penyertaan Rasheed ini yang akan bermula pada 1 Julai kelak dijangka ia akan meneruskan mandat BNM untuk memastikan kestabilan dasar monetari dan kewangan negara kekal dipelihara demi kepentingan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Buat pengetahuan umum, Datuk Shaik Abdul Rasheed merupakan lulusan Universiti Malaya (UM) bersama Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Selanjutnya menruskan pengajian pada peringkat MBA di bawah Universiti Oxford. Berdasarkan pengalaman kerjayanya beliau telah memegang peranan selaku Penolong Gabenor sejak tahun 2016. Malah beliau juga turut menerajui pelabagai jawatan dalam kewangan antaranya merupakan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dan Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak tahun 2015. Lebih menarik beliau turut pernah terlibat memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan negara.