Artikel

Kerajaan Umum Teruskan Semula Pemberian Subsidi Ayam, Telur – Mulai 1 Julai Ini

Sekiranya sebelum ini kerajaan memaklumkan pemberian subsidi ke atas ayam dan telur akan tamat menjelang 30 Jun kelak – kini tidak lagi, susulan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah bersetuju melanjutkan pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023 kelak.

Langkah ini menurut Kementerian Pertanian dan Kerterjaminan Makanan diambil setelah beberapa faktor diteliti demi kepentingan rakyat. Malah pertimbangan ini tidak hanya melibatkan cadangan KPKM tetapi turut meliputi cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN).

Selaras dengan keputusan itu, dijangka usaha meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur tersebut akan dapat menjamin kesejahteraan rakyat dari semasa ke semasa.