Aliran pasaran buruh negara kini semakin memulih apabila setakat April 2023 didapati bilangan penduduk bekerja telah meningkat, bertambah kepada 16.25 juta individu berbanding data Mac seramai 16.22 juta orang.
Prestasi ini sekaligus memaparkan kemampuan ekonomi negara dalam mewujudkan peluang pekerjaan semakin positif.
Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tinjauan Tenaga Buruh hari ini mendapati 75.5% adalah kategori pekerja daripada jumlah penduduk bekerja April 2023. Diikuti 18.0% pula jumlah mereka yang bekerja sendiri, 3.5% adalah majikan dan 3.0% pula adalah pekerja keluarga tanpa gaji.
Secara menyeluruh, kadar penyertaan tenaga buruh telah naik sebanyak 0.1 mata peratusan kepada 70%. Sementarra kadar pengangguran negara terus memperlihatkan penurunan dari semasa ke semasa dan kini diparas 3.5% kepada 586,900 penganggur.
