MSM Holdings atau Malayan Sugar Manufacturing, pengilang gula di negara kini dimaklumkan sedang laksana semakan harga jualan gula bersama rundingan pentadbiran. Di mana aturan itu disasar dapat dilaksanakan pada separuh kedua tahun ini.
Aturan itu pada perincian, didasari berpaksikan perniagaan operasi berdepan margin negatif. Maka berlakunya kenaikan harga empat kos input melibatkan gula mentah yang membentuk 80% daripada kos operasi mereka.
Manakala harga tenaga atau gas pula membentuk 9% daripada kos MSM. Diikuti kos pengangkutan yang telah meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu. Dan situasi ini turut di bebani dengan aliran ringgit lemah bersama tekanan inflasi semasa.
Susulan itu melalui pertimbangan menyemak semula harga jualan gula, ia dijangka akan membolehkan MSM menyerap kembali peningkatan kos input.
Seperti yang umum ketahui antara usaha untuk menyeimbangkan pulangan kepada operasi, MSM telah bertindak menjual produk gula premium Gula Super yang dijual berdasarkan harga terapung – meskipun masih di bawah pemantauan pentadbiran. Maka usaha itu diharap mendapat penerimaan pengguna, kerana ia tidak sekadar membantu syarikat keluar dari tekanan kos tetapi turut membantu meluas jejak eksport di pasaran serantau.
Buat pengetahuan umum, ketika ini harga jualan runcit gula adalah rendah dan tidak alami kenaikan sejak 2013 setelah pentadbiran menghentikan subsidi gula. Kini ia hanya dikawal berlandaskan pelarasan harga siling.