Prestasi pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dilihat telah melonjak sebanyak 3% kepada RM15.16 bilion untuk suku pertama 2023 yang berakhir pada 31 Mac lalu.
Perolehan ini lebih baik di banding suku yang sama pada tahun lalu iaitu sekitar RM14.77 bilion. Jumlah ini menurut KWSP didorong hasil penurunan nilai kos atas ekuiti tersenarai yang direkodkan pada suku tersebut.
Buat pengetahuan umum, pendekatan turun nilai kos atas ekuiti tersenarai ini adalah polisi dalaman yang diamalkan KWSP terhadap ekuiti tersenarainya sebagai aturan berhemah untuk pastikan portfolio kekal sihat.
Meskipun prestasi kekal postif dikala ketidaktentuan pasaran, KWSP kekal mengambil langkah berjaya untuk memastik operasi kekal berdaya tahan untuk memastikan agihan dividen kekal stabil. Setakat Mac 2023, jumlah ahli KWSP kini mencapai 15.79 juta ahli – memperlihatkan pertambahan sebanyak 116,423 pencarum.
Berdasarkan jumlah itu, didapati sebanyak 8.45 juta adalah ahli aktif. Ini mewakili 50% daripada 16.81 juta tenaga buruh di Malaysia. Sementara jumlah majikan pula mencatatkan seramai 595,730 ahli – alami pertambahan 24,281 ahli.
Setakat ini jumlah caruman yang diterima telah meningkat kepada RM25.83 bilion bagi suku pertama 2023 – ini menjadikan ia caruman suku tahunan tertinggi lepasi angka sebelum pandemik COVID-19.