Penglibatan pekerja asing yang berdaftar di negara kini merekodkan seramai 1.64 juta individu setakat data 22 Mei lalu.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada perkongsian Parlimen jumlah ini meliputi data Pas Lawatan (Kerja Sementara) melibatkan sejumlah 1,645,658 individu. Buat pengetahuan umum, pas ini bertepatan dengan aturan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang memerlukan pekerja asing memiliki pas sah di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Jumlah ini merangkumi pekerja asing yang dibenarkan bekerja di bawah sektor Perkilangan, Pembinaan, Perladangan, Perkhidmatan, Pertanian serta Perlombongan dan Kuari di bawah kelulusan kuota yang ditetapkan.
Meskipun jumlah ini kelihatan lebih rendah berbanding data 2019, namun disasarkan bakal alami perningkatan susulan sektor ekonomi negara memerlukan sokongan pekerja bagi menampung keperluan tenaga kerja.