Setelah memaparkan prestasi yang membrangsangkan, dengan perolehan RM90.4 bilion bersama untung RM23.8 bilion bagi suku pertama 2023 – Petronas kini memaklumkan pihaknya komited untuk membayar dividen sehingga RM40 bilion kepada kerajaan pada tahun ini.
Jumlah ini difahamkan lebih tinggi berbanding sasaran awal iaitu sekitar RM35 bilion.
Walaupun berdepan tekanan paras harga minyak mentah lebih rendah berbanding pasaran sebelum ini, Petronas memaklumkan pihaknya miliki keupayaan untuk melunaskan tanggungjawab tersebut susulan prestasi operasi dalam keadaan baik.
Buat pengetahuan umum meskipun hasil dan keuntungan operasi alami kemerosotan berbanding suku yang sama pada tahun 2022. Namun secara menyeluruh untuk tahun 2022, Petronas berjaya meraih keuntungan tertinggi dengan jumlah RM101. 6 bilion.