Malaysia kini disarankan untuk laksana pembaharuan pada struktur pertumbuhan negara, bagi memastikan negara berupaya depani kejutan krisis global.
Saranan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Shamsiah pada sidang pembukaan Sasana Symposium 2023 (SS2023) hari ini memperincikan – usaha itu perlu diselaraskan dengan menyesuaikan perubahan polisi mengikut persekitaran ekonomi dan digital.
Antaranya memberi tumpuan melandaikan tekanan inflasi dengan menyeragamkan paras OPR mengikut keperluan pasaran. Meskipun diakui tindakan sedemikian beri tekanan pada aliran pinjaman negara dan sebilangan rakyat Malaysia – namun BNM melihat ia akan membantu Malaysia untuk mengelak dari sebarang risiko kemelesetan ekonomi di samping mengurangkan tekanan kos secara berperingkat.
Seperti yang umum ketahui, negara telah melaras naik kadar OPR ke 3% pada Mei lalu. Pelarasan ini secara langsung mencapai paras OPR seperti tempoh sebelum pandemik COVID-19.
Selain pelarasan itu, BNM turut memggariskan negara perlu fokus dalam memanfaatkan peluang ekonomi digital. Seperti yang umum ketahui, ketika ini BNM telah melanjutkan usaha jalinan QR rentas sempadan DuitNow bersama Singapura (NETS), Thailand (PromptPay) dan Indonesia (QRIS).
Insiatif ini dilihat menjadi antara langkah Strategi negara untuk memanfaatkan peluang teknologi bagi memudahkan masyarakat menyokong aliran perbelanjaan negara secara digital serta menyokong pemain ekonomi tempatan.
Sekiranya ada langkah berterusan ini, BNM melihat ia akan membantu Malaysia mengukuhkan usaha membina struktur pertumbuhan baharu dari semasa ke semasa.