Artikel

Petronas Untung RM23.8 Bilion – Papar Sedikit Penyusutan 

Prestasi 3 bulan pertama tahun 2023, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini memaparkan sedikit penurunan berbanding suku keempat 2022 dengan meraih keuntungan kepada RM23.8 bilion. Iaitu susut 2% berbanding suku keempat 2022.

Tidak hanya itu, hasil kumpulan juga turut alami penurunan 15% kepada RM90.4 bilion berbanding perolehan pada suku keempat 2022. Namun sekiranya dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun 2022 – prestasi suku pertama 2023 ini dilihat meningkat lebih baik dengan untung naik 2%, ddikuti hasil pula naik 16%.

Secara menyeluruh, Petronas memaklumkan akan terus kekalkan prospek operasi yang lebih berjaga bagi tahun 2023 berikutan persekitaran perniagaan masih terdedah akan risiko ketidaktentuan dalam pasaran semasa.

Ini sekaligus akan melibatkan pengurusan kewangan yang lebih cekap dan berdisplin akan terus dilaksana supaya dapat dilaburkan semula pada portfolio kumpulan bagi meningkatkan kecemerlangan operasi dari semasa ke semasa.