Jika tahun 2021 memaparkan seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperolehi keputusan yang cemerlang pada semua subjek mata pelajaran – kini SPM 2022 pula merekodkan 10,109 pelajar cemerlang, dicatatkan berjaya meraih keputusan cemerlang yang lebih tinggi.
Makluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini (8 Jun) secara menyeluruh memperincikan seramai 75,322 calon SPM telah lulus untuk semua mata pelajaran daripada jumlah 373,974 calon SPM bagi tahun 2022.
Sementara bagi Gred Purata Nasional (GPN) pula memperincikan, pencapaian calon 2022 meraih 4.74 berbanding 4.86 tahun sebelumnya.