Artikel

Peniaga Perlu Bersedia – Malaysia Dijangka Berdepan Fenomena El Nino Lemah Pada Jun Ini 

Mulai Jun ini, Malaysia disasar bakal alami fenomena El Nino lemah dan dijangka akan meningkat ke tahap sederhana pada November kelak. Persekitaran ini menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim secara langsung akan mengakibatkan berlakunya pengurangan jumlah hujan – antara 20% hingga 40% pada bulan ini sehingga Oktober.

Situasi itu dijangka berlaku ke atas negeri selatan Semenanjung, Barat Sarawak dan Timur Sabah. Ini bermakna kebanyakkan tempat di negara akan berdepan taburan hujan yang lebih rendah.

Sementara di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pula cenderung berdepan aliran hujan lebat dan angin kencang pada awal pagi.

Melalui perubahan ini, semua pihak diminta bersedia akan perubahan cuaca semasa termasuklah kepada para peniaga disetiap kawasan negara. Ini kerana kesan perubahan cuaca berupaya memberi impak kepada perubahan permintaan pasaran semasa, dan sekaligus boleh memberi kesan kepada kos perbelanjaan operasi dan kos pengguna.