Walaupun aliran ekonomi negara kini dalam fasa pemulihan, namun tidak dinafikan isu pengangguran dalam kalangan belia masih lagi tinggi. Setakat suku pertama 2023, didapati kadar pengangguran tersebut telah menurun 1% kepada 10.1% (288,400 individu) berbanding 11.1% pada tempoh yang sama bagi tahun 2022.
Situasi ini bagaimanapun tidak hanya didepani Malaysia, kesannya turut dirasai oleh kebanyakkan negara. Ia kerana susulan era pandemik sebelum ini menyebabkan sektor pendidikan dan keperluan pasaran buruh telah terkesan menjadi ia lebih berdaya saing.
Maka menangani impak tersebut, Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada sesi Parlimen memaklumkan negara kekal merangka pelbagai inisiatif merentasi semua kementerian untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran tersebut. Antaranya melalui kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mewujudkan program tenaga kerja, di samping menggalakkan golongan belia untuk sertai kekosongan tersedia pada platform MyFutureJobs, yang ketika ini turut menyediakan peluang kekosongan profesional sekitar 148,000 jawatan.
Selain Perkeso, usaha bersama Talent Corp turut dilaksanakan bagi meningkatkan bakat serta kebolehpasaran golongan muda bersama pemain industri dan institusi pengajian tinggi.