Artikel

Rakyat Perlukan RM2.24 Juta – Untuk Sertai Kumpulan Terkaya 1% Di Malaysia

Sekiranya terdapat impian untuk menyertai kumpulan terkaya 1% di Malaysia, para pembaca memerlukan sekurang-kurangnya RM2.24 juta ($485,000) untuk kelayakan tersebut. Kriteria ini ditinjau hasil laporan kekayaan firma hartanah Knight Frank – yang turut melihat kategori golongan ‘sangat kaya’ di Malaysia turut bakal meningkat kepada 164,839 individu menjelang tahun 2027.

Walaupun jumlah itu sekadar menambah 320 individu namun ia secara jelas menjadikan Malaysia antara 10 negara terpantas yang meningkatkan status kekayaan individu mereka bagi tempoh 2022 hingga 2027.

Mengikut perincian, pertambahan kategori ‘sangat kaya’ ini didorong hasil penyertaan pada sektor perubatan, logistik, teknologi, hospitaliti, kewangan serta hartanah. Di mana penglibatan pelaburan pada hartanah kediaman tempatan dan antarabangsa dilihat terus menjadi komponen utama meningkatkan nilai kekayaan individu di negara.

Berbalik kepada nilai kekayaan 1% di Malaysia, ternyata nilai tersebut 7 kali lebih rendah berbanding hartawan di Singapura. Ini kerana data menunjukkan untuk menjadi kumpulan terkaya 1% di Singapura, pembaca memerlukan sekitar RM16.1 juta ($3.5 juta). Sementara negara Asia lain seperti Filipina pula dilihatkan memerlukan sekitar RM262,627 ($57,000).