Selepas meneraju segmen komersial HSBC Amanah Malaysia, Dafinah Ahmed Hilmi kini dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hong Leong Islamic Bank, bagi menggantikan peranan Jasani Abdullah yang sah menamatkan jawatannya pada akhir April lalu.
Berbekalkan pengalaman 23 tahun pada arena perbankan konvensional dan Islam, pemilihan Dafinah pada pengurusan Hong Leong dilihat mampu membantu operasi memahami keperluan pasaran semasa di samping menaik-taraf akses perkhidmatan Hong Leong Islamic Bank seiring dengan keperluan pengguna.
Buat pengetahuan umum, selain HSBC – Dafinah turut pernah menyertai UOB selama lebih 5 tahun sebelum meluaskan kepakarannya bersama HSBC dan Hong Leong Islamic Bank.