Artikel

PolicyStreet Raih RM67 Juta – Pada Pusingan Pelaburan Siri B Diketuai Khazanah 

Syarikat insurans teknologi negara, PolicyStreet kini telah mengumpul sejumlah RM67 juta ($15.3 juta) pada pusingan pembiayaan siri B yang diketuai Khazanah Nasional iaitu dana kekayaan berdaulat Malaysia.

Adanya perluasan pelaburan pada PolicyStreet ini, ia secara langsung akan membantu operasi meningkatkan penebusan insurans dalam kalangan rakyat negara. Setakat ini kadar penembusan insurans di Malaysia sekitar 5.3%, lebih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Singapura 9.3%, diikuti negara OECD pula 9.4%.

Selain usaha itu, PolicyStreet turut optimis meluaskan khidmat mereka kepada 2.5 juta pekerja gig bersama 300,000 warga PKS bagi mendapatkan akses perlindungan kewangan dengan lebih baik di masa hadapan.

Ini secara langsung turut menyediakan akses kepada kumpulan penduduk negara yang sering dinafi kelayakan pada perolehan insurans di Malaysia.

Buat pengetahuan umum, khidmat PolicyStreet telah meraih lesen Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam daripada BNM sejak 2019 lagi dan kini ia telah laksana kerjasama dengan lebih 40 penyedia insurans serta takaful untuk menyokong arena perlindungan bersama rakyat Malaysia.

Berbalik pada pusingan dana tersebut, perolehan dana tersebut merupakan sebahagian usaha yang dilengkapkan di bawah Future Malaysia Programme – iaitu platform yang bertindak menyokong startup tempatan meneroka peluang pada pasaran global. Untuk makluman pengumpulan dana ini turut disertai oleh pelbagai pelabur tempatan dan antarabangsa – antaranya Altara Vntures, Gobi Partnes dan Spiral Ventures.