Pertubuhan Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) telah bersetuju untuk meneruskan pengurangan pengeluaran minyak bagi menangani kemerosotan harga di pasaran.
Menerusi langkah itu, Arab Saudi dijangka akan bertindak mengurangkan 1 juta tong sehari (bpd) pada bulan Julai kelak. Malah keputusan yang dicapai bersama kumpulan eskport sekutunya (OPEC+) turut menyasarkan akan menurunkan sebanyak 1.4 juta tong sehari mulai tahun 2024 kelak.
Sebelum ini, persidangan telah bersetuju melaksanakan pengurangan 2 juta tong sehari bagi mengatasi isu yang sama – ini bersamaan dengan 2% permintaan global. Ini termasuklah dengan Malaysia yang bertindak mengurangkan pengeluaran minyak mentah sekitar 27,000 tong kepada 567,000 tong pada Oktober 2022 lalu.
Untuk makluman, OPEC+ menyumbang sekitar 40% daripada minyak mentah dunia, susulan itu keputusan ini secara langsung boleh memberi kesan besar kepada harga minyak dunia.