Setelah memperkasakan inisiatif rahmah pada pasaran makanan, barangan serta rawatan – pentadbiran negara kini meluaskan usaha tersebut dengan penawaran Pakej Rahmah Cermin Mata bersama usahasama MOG Eyewear, yang diumumkan hari ini.
Aturan ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) secara langsung akan membantu rakyat negara melandaikan kos keperluan penglihatan diri mereka. Di bawah pakej ini, penduduk negara berupaya nikmati tawaran harga cermin Mata antara RM50 ke RM100.
Selain itu rakayt turut dapat nikmati tawaran naik-taraf kanta cermin mereka kepada blue cut lens bersama perlindungan sinaran ultra ungku pada nilai RM100 sahaja.
Difahamkan terdapat 96 buah cawangan MOG Eyewear di seluruh Malaysia menyediakan pakej rahmah ini.