Artikel

10,000 Pelajar Keluarga B40 Raih Manfaat – Lanjut Pengajian Secara Percuma

Bagi memelihara kebajikan pelajar negara dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, kini seramai 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama keluarga B40 – diumumkan akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam. 

Aturan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah inisiatif program Pembangunan Sulung Keluarga Malaysia ini untuk makluman – akan menyokong usaha tersebut dengan peruntukan berjumlah RM30 juta. 

Sebagai perincian, kumpulan pelajar ini dipilih berasaskan keputusan cemerlang mereka dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) – di samping itu kumpulan ini juga turut berdepan kekangan wang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. 

Namun untuk makluman, sokongan program ini diperincikan hanya tersedia untuk memberi pengecualian yuran pengajian sahaja, sementara kos sara hidup pelajar pula masih tertakluk akan tanggungan keluarga pelajar.