Artikel

Perancis Lulus Undang-Undang Kawal Pempengaruh – Larang Promosi Produk, Khidmat Tertentu

Perancis kini mencapai kata sepakat apabila bersetuju meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengawal selia aktiviti pepmpengaruh media sosial bagi membanteras isu penipuan serta kesan mempromosikan produk serta perkhidmatan yang mengundang risiko kepada awam. 

Menurut makluman Kementerian Ekonomi, Kewangan dan Perindustrian, Kedaulatan Digital itu, tindakan mengawal selia pengaruh komersial itu secara langsung menjadikan Perancis negara pertama di Eropah yang berbuat tindakan tersebut. 

Sebagai perincian, badan kawal selia akan diwujudkan bersama 15 ejen pasukan yang akan bertindak menggariskan undang-undang berhubung kawalan aktiviti pempengaruh. 

Setakat ini difahamkan, pempengaruh media sosial juga perlu telus dengan melabelkan semua kandungan berbayar dan melarang mempromosikan barangan serta perkhidmatan tertentu. Seperti ubatan, nikotin, pembedahan kosmetik serta melibatkan aktiviti haiwan liar. 

Sekiranya aturan sedemikian gagal dipatuhi, pempengaruh sosial boleh dikenakan denda sehingga 300,000 euro atau penjara 2 tahun.