Pada bulan ini, dijangka Capital A akan mula mengatur langkah mengumumkan pelan penyusuan semula syarikat berikutan status PN17 atau Nota Amalan 17 bagi mendapatkan kelulusan Bursa Malaysia.
Melalui langkah itu, pemerhatian Maybank Investment Bank (Maybank IB) pada laporan – menyasarkan kelulusan tersebut dapat diperolehi pada Julai kelak dan sekaligus akan membantu operasi melengkapkan usaha laksana pelan penyusuan semula kumpula pada separuh keempat 2023.
Seperti yang umum ketahui, Capital A memiliki perancangan untuk menamatkan status PN17 ini sebelum akhir 2023.
Untuk makluman PN17, atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah suatu aturan yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang bermasalah dari aspek kewangan. Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.
Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;
- Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
- Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
- Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
- Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
- Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
- Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
- Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan