Artikel

Elon Musk Kembali Jadi Manusia Paling Kaya Di Dunia 

Walaupun nilai Twitter merundum di bawah pengendaliannya, ini tidak menjejaskan nilai kemewahan individunya apabila Elon Musk berjaya kembali tampil selaku orang terkaya di dunia mengikut data Bloomberg Billionaires Index.

Setakat ini untuk makluman nilai kekayaan Elon Musk telah melonjak 40.3% kepada $192 bilion. Peningkatan ini diperhatikan didorong hasil lonjakan nilai saham Tesla sekitar 24% pada Mei lalu.

Sementara Bernard Arnault iaitu pengasas bersama syarikat LVMH – Louv Vuitton pula kini duduki tangga ke dua dengan nilai kekayaan $187 bilion, diikuti Jeff Bezos peneraju Amazon selaku orang kaya ketiga di dunia.