Meskipun pasaran saham jatuh 8% diikuti nilai Ringgit turun hampir 2% – secara jelas situasi ini tidak memberi kesan kepada nilai kekayaan 50 hartawan di Malaysia, apabila nilai kemewahan mereka kini mencecah sehingga $81.6 bilion.
Lebih menarik pada senarai tersebut, Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei iaitu adik-beradik peneraju MR DIY dilihat kekal tersenarai selaku 10 hartawan terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih mencapai RM8.76 bilion ($1.9 bilion).
Bagaimanapun nilai kekayaan tersebut diperhatikan jatuh lebih 20% dengan tangga kedudukan jatuh ke-9 berbanding tahun lalu tangga ke-8. Ini didorong hasil jualan perniagaan yang meningkat sederhana 18% bagi 2022 berbanding 32% pada 2021. Namun mengikut laporan Forbes, peneraju MR DIY ini kekal optimis akan peningkatan prestasi operasi mereka pada tahun ini, 2023.
Susulan kenaikan inflasi bakal mengubah tingkah-laku pengguna untuk laksana perbelanjaan yang lebih cermat dengan pembelian barangan pada harga berpatutan – antaranya melibatkan penggunaan produk di bawah MR DIY.
Selain kedua infdividu tersebut, ini senarai penuh 10 hartawan terkaya di Malaysia :
- Robert Kuok -$11.8 Bilion
- Quek Leng Chan – $10.2 Bilion
- Koon Poh Keong & adik beradik – $5.8 Bilion
- Ananda Krishnan – $5.4 Bilion
- Adik beradik Teh – $5.2 Bilion
- Lee Yeow Chor & Yeow Seng – $4.6 Bilion
- Chen Lip Keong – $2.8 Bilion
- Lim Kok Thay – $2.3 Bilion
- Chia Song Kun & keluarga – $1.8 Bilion
Sekadar perkongsian, operasi MR DIY telah dimulakan dengan cawangan tunggal di Kuala Lumpur pada tahun 2005. Jenama mulai mengembang pada awal 2020 dengan perluasan rangkaian daripada 593 cawangan kepada 1,080 cawangan melibatkan 3 jenama iaitu MR DIY, Mr. Dollar dan Mr.Toy. Kini memiliki sekitar 2,000 kedai di seluruh Asia yang menawarkan pengguna meliputi 10 kategori produk seperti barangan elektrik, makanan harian, mainan serta peralatan dapur dan aksesori kediaman.