Artikel

CIMB Untung RM1.64 Bilion – Melonjak 15.3%

CIMB Group terus memaparkan prestasi baik apabila 3 bulan pertama tahun 2023 merekodkan nilai untung bersih RM1.64 bilion – melonjak 15.3% berbanding suku pertama tahun lalu.

Aliran operasi yang membrangsangkan ini dipacu berasaskan pertumbuhan pendapatan operasi lebih mampan, peruntukan operasi terkawal dan kawalan kos lebih kukuh.

Selain meraih untung bersih yang baik, pendapatan kumpulan juga turut meningkat 5.5% kepada RM5.0 bilion didorong pendapatan bukan faedah naik 24.3% kepada RM1.48 bilion. Berikutan aspek pertukaran asing dan pelaburan dilihat lebih baik.

Malah pertumbuhan pinjaman juga turut memaparkan pengukuhan dengan jumlah pinjaman kasar naik 7.4%  bersama pertumbuhan deposit naik 6.1%.

Meskipun prestasi CIMB kembali memulih, kesan ketidaktentuan ekonomi disebabkan paras inflasi dan kadar faedah yang tinggi – CIMB memaklumkan akan mengatur langkah berhati-hati menjelang separuh kedua 2023 ini.