Artikel

Program Pengakuan Sukarela Cukai LHDN, Kastam – Dibuka Bermula 6 Jun Ini

Dalam usaha merancakkan semula perolehan hasil negara, selari dengan matlamat Belanjawan 2023 sebelum ini – bermula 6 Jun ini Program Pengakuan Sukarela Cukai di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kini dibuka buat pembayar cukai yang berkaitan.

Menerusi aturan ini, pengampunan ke atas penalti 100% akan diberi kepada para pembayar cukai yang laksana pengakuan sukarela bagi tempoh 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 kelakk.

Melalui tempoh tersebut, ini memberi waktu kepada semua pihak untuk tampil bersama – melunaskan tanggungjawab cukai mereka bersama Malaysia. Mengikut sasaran awal, dijangka 50,000 pembayar cukai melibatkan taksiran cukai bernilai RM1 bilion akan sertai program pengakuan sukarela cukai LHDN dan Kastam ini.

Untuk makluman, anggaran dan jumlah ini didasari berasaskan pengenalan pemakaian Nombor Pengenalan Cukai atau Tax Identification Number (TIN) kepada rakyat Malaysia dan pemaustatin tetap bagi yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Susulan itu, semua individu yang terlibat termasuk golongan pempengaruh dan TikTokers dinasihatkan untuk tampil mengemaskini status pematuhan cukai masing-masing – mengelak dari berlakunya sebarang kesulitan di masa hadapan.