Artikel

RUU Kawalan Produk Merokok, Vape Akan Dibentang Awal Jun Ini

Langkah melindungi kesihatan generasi muda, kelak akan diteruskan melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 – yang dijangka dapat dibentang pada awal bulan ini di sidang Parlimen.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), usaha tersebut melibatkan dua faktor utama iaitu memperkasa kawalan jualan produk merokok termasuklah rokok elektronik atau vape. Selanjutnya ini adalah sebahagian inisiatif negara untuk laksana Generasi Penamat Rokok.

Maka gagasan ini harus disegerakan, menurut data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) didapati jumlah pengguna rokok elektronik dalam kalangan remaja telah mencatatkan peningkatan 14.9% kepada 307,109 individu – setakat tahun 2022.

Jumlah ini untuk makluman terbahagi kepada 242.849 individu adalah remaja lelaki, sementara 64,260 pula remaja perempuan. Lonjakan ini sekaligus memberi tanda amaran kepada Malaysia untuk laksana segera RUU tersebut.