Artikel

Singapore Airlines Tawar Wi-Fi Percuma Tanpa Had Kepada Semua Penumpang – Mulai 1 Julai

Bermula 1 Julai kelak, Singapore Airlines (SIA) akan memberi akses Wi-Fi percuma tanpa had kepada semua para penggunanya termasuklah yang menaiki penerbangannya bagi kelas ekonomi mahupun ekonomi premium.

Untuk menikmati manfaat tersebut, para penumpang dikehendaki mendaftar selaku ahli bagi program ganjaran mereka pada platform KrisFlyer SIA. Buat pengetahuan umum, pendaftaran ahli ini adalah secara percuma.

Maka melalui akses tersebut, ini sekaligus menjadikan SIA selaku syarikat penerbangan antarabangsa pertama menawarkan Wi-Fi percuma tanpa had kepada seluruh penumpangnnya bagi semua kelas kabin dan seluruh ahli pesawat.

Setakat ini difahamkan SIA memiliki 136 buat pesawat penumpang dan sebelum ini SIA hanya melaksanakan penawaran Wi-Fi selama 2 hingga 3 jam sahaja, kini diperluaskan kepada semua pihak.