Capaian internet dalam kalangan isi rumah di Malaysia kini semakin meningkat apabila tahun 2022 merekodkan 96% isi rumah di negara guna internet berbanding 94.9% pada tahun 2021. Sementara penggunaan internet secara individu pula turut meningkat kepada 97.4% (2022) berbanding 96.8% pada tahun 2021.
Peningkatan ini menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam tinjauan Penggunaan dan Capaian ICT Oleh Individu & Isi Rumah 2022 berlaku kesan pendedahan penggunaan internet di bandar naik kepada 98.1% dan 89.1% isi rumah di luar bandar.
Malah lonjakan pemilikan dan telefon pintar dalam kalangan penduduk negara sekitar 97.3%, turut mendorong lagi perluasan penggunaan internet pada pasaran semasa. Diikuti lonjakan penggunaan media sosial (99.2%), aktiviti permainan video (93.5%) serta aktiviti muat-turun perisian dan aplikasi (89.1%).
Selain capaian internet yang semakin membrangsangkan, capaian ke atas radio dan televisyen juga turut mencatatkan peningkatan di paras 99%. Situasi ini berbeza dengan capaian siaran TV berbayar yag diperhatikan menurun kepada 76.9% bagi tahun 2022 berbanding 83.2% pada 2021.
