Dalam usaha meluaskan lagi inisiatif Rahmah, pentadbiran negara kelak akan melancarkan segmen Insurans Rahmah menjelang Jun ini. Pada segmen itu, pentadbiran akan membina sistem pangkalan data mangsa banjir lebih sistematik untuk menarik lebih banyak penglibatan syarikat insurans pada usaha memberi perlindungan kepada penduduk awam yang kerap berdepan isu tersebut.
Kerjasama data itu antaranya akan melibatkan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menerusi aturan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini, pengumpulan data akan menjadi lebih cekap dan tepat. Ini sekaligus membantu para syarikat insurans menyesuaikan pakej lindungan mereka kepada orang awam berdasarkan isu semasa. Setakat ini difahamkan terdapat 3 syarikat insurans besar telah menyatakan komitmen mereka pada insiatif Insurans Rahmah ini.
Adanya usaha ini kelak, masyarakat negara berupaya nikmati pakej insuran pada harga yang berpatutan – setimpal dengan pelan perlindungan yang akan ditawarkan.