Berikutan perubahan pembinaan depoh Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang telah berubah ke tapak tanah sedia ada berbanding sasaran awal dibina di atas pulau buatan pada Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) – dijangka pembangunan LRT ini dapat dilaksana lebih awal.
Mengikut Kementerian Pengangkutan (MOT) jangkaan itu bagaimanapun hanya dapat dilakukan setelah kawasan pembangunan dimuktamadkan. Setakat ini terdapat 3 kawasan membabitkan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang serta kerajaan persekutuan sedang ditinjau.
MOT menjangkakan keputusan tender itu dapat dicapai dan bagi pembinaan fasa pertama projek tersebut dapat dipanggil pada akhir tahun ini. Mengikut perincian, bagi fasa pertama – LRT tersebut akan melibatkan 27 buat stesen sepanjang 29km, yang akan menghubungkan antara laluan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hingga ke Tanjung Bungah.