Seperti yang umum ketahui, secara dasarnya Malaysia sejak tahun lalu telah bersetuju berhubung pengenaan cukai minimum global 15% ke atas syarikat multinasional (MNC) – pada aturan itu dijangka pengenaan cukai tersebut berpotensi dilaksana pada tahun hadapan, 2024.
Menurut Percukaian Deloitte Malaysia, setakat ini beberapa negara telah menangguhkan pelaksanaan cukai tersebut ke tahun 2025. Sementara beberapa negara seperti Korea Selatan, United Kingdom, Jepun, Australia dan Kesatuan Eropah pula dijangka akan laksana percukaian tersebut pada 2024.
Meskipun masih menanti prinsip Malaysia dalam percukaian tersebut – terdapat kemungkinan pengenaan itu akan dilakukan tidak lama lagi.
Melalui pengenaan cukai 15% ke atas firma besar ini, ia sekaligus akan memberi penegasan kepada syarikat ini untuk melunaskan tanggujawab cukai mereka di setiap negara yang firma mereka beroperasi. Malah usaha ini turut membantu Malaysia mengelakkan berlakunya ketirisan dalam proses kutipan cukai negara.
Buat masa ini, hampir 3,000 syarikat multinasional didapati sedang dipantau LHDN berhubung pelaksanaan tersebut.
Syarikat Multinasional atau Multinational Corporation (MNC) ini adalah entiti yang beroperasi di negara sendiri dan di seluruh dunia. Penetapan operasi induk entiti ditentukan berdasarkan pengurusan operasi dan pentadbiran syarikat tersebut. Firma ini diklasifikasikan sebagai MC setelah memiliki operasi di beberapa negara luar dan memiliki syarikat utama yang melabur pada cawangan pangkalan di negara lain.