Artikel

Pengguna Maybank Kini Boleh Berbelanja – Bayar Guna QR Di Singapura, Indonesia Dan Thailand

Maybank kini memaklumkan melancarkan khidmat pembayaran QR rentas sempadannya untuk mana-mana pelanggan Maybank yang melancong ke Singapura, Indonesia dan Thailand. Aturan ini sekaligus tidak hanya memudahkan pengguna Malaysia, bahkan membantu pelancong luar negara untuk laksana pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) melalui mata wang negara masing-masing tanpa sebarang kesukaran bersama peniaga Maybank QRPay di Malaysia.

Kemudahan yang boleh didapati pada aplikasi MAE ini dilihat turut membantu pelancong, tanpa perlu berhubung bersama pengurup wang atau sekiranya berdepan ketirisan wang tunai.

Melalui kesepakatan pembayaran QR antara Malaysia (DuitNow), Singapura (Nets), Thailand (PromptPay) dan Indonesia (QRIS) ini secara langsung membantu negara Asia melengkapkan rangkaian kebergantungan dalam pembayaran dua hala. Ia sekaligus membantu meningkatkan aliran ekonomi ASEAN di persada antarabangsa.

Pada kemudahan tersebut, dijangka lebih 8 juta pengguna aplikasi Maybank bersama lebih 700,000 peniaga Maybank QRPay akan meraih manfaat tersebut. Untuk makluman tahun 2022 sahaja, seramai 3.5 juta pelancong Malaysia didapati telah melancong ke Singapura, Indonesia dan Thailand. Menerusi jumlah itu, dijangka ini akan merancakkan lagi aliran perbelanjaan di Malaysia dan aliran perbelanjaan pelancong luar negara.