Artikel

LHDN : T20 Sumbang RM33.68 Bilion Kutipan Cukai Bagi Tahun 2022

Tahun lalu, Malaysia berjaya melakar sejarah dengan kutipan cukai tertinggi berjumlah RM175 bilion. Perolehan tersebut dalam makluman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada laporan hari ini menunjukkan kadar pematuhan kalangan pembayar cukai di negara semakin meningkat apabila kutipan nilai cukai individu telah mencapai RM39.26 bilion.

Lebih menarik golongan pendapatan teratas T20 telah menyumbang nilai terbesar dengan RM33.68 bilion (85%) daripada adalah nilai cukai individu.

Sementara berdasarkan nilai cukai seluruhan pula T20 menyumbang 19% daripada RM175 bilion, diikuti golongan pendapatan sederhana M40 berjumlah RM5.38 bilion dengan 13% daripada kutipan nilai cukai individu dan 3% daripada jumlah cukai menyeluruh. 

Manakala kutipan cukai berasaskan kumpulan syarikat pula menyumbang RM97.94 bilion, diikuti lain-lain cukai berjumlah RM37.8 bilion. 

Seperti yang umum ketahui kerajaan telah mula menerapkan pengenaan cukai lebih tinggi buat T20 dan pengurangan kadar cukai 2% buat M40. Berdasarkan tindakan itu, sekitar 150,000 golongan T20 dikenakan cukai lebih tinggi 2023, sementara 2.4 juta golongan M40 pula meraih penurunan kadar cukai 2% pada 2023. 

Maka untuk tahun 2023, kerajaan melalui LHDN menyasarkan hasil kutipan cukai negara akan terus melonjak mencapai RM176.14 bilion. Usaha ini didorong hasil pengenalan beberapa pindaan polisi dan asas cukai ke atas T20. Setakat ini didapati kutipan harian cukai negara telah meloonjak 20%, lebih tingg berbanding tahun 2022.