Artikel

AirAsia X Untung RM328 Juta – Prestasi Kembali Memulih Hampir 50%

Suku pertama 2023 menyaksikan prestasi AirAsia X memulih hampir 50% daripada fasa sebelum pandemik COVID-19 – dengan meraih keuntungan bersih RM327.99 juta.

Perolehan kumpulan juga turut memaparkan peningkatan kepada RM548.84 juta berbanding RM113.02 juta pada tempoh yang sama pada tahun lalu. Peningkatan ini dicetus hasil permintaan perjalanan antarabangsa yang membrangsangkan.

Melihat pada aliran positif ini, AAX menyasarkan pendapatan kumpulan akan terus rancak susulan pembukaan semula laluan melibatkan China. Dijangka kekerapan pada laluan tersebut akan meningkat berikutan disasar terdapat permintaan yang tinggi.