Artikel

Konsortium Rahmah Bakal Ditubuhkan – Sasar Sedia Lebih Banyak Inisiatif Buat Rakyat

Berikutan penyertaan syarikat besar dalam inisiatif Jualan Rahmah dan Menu Rahmah, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini mempertimbangkan untuk laksana konsortium Rahmah, bagi melanjutkan sumbangan kepada rakyat Malaysia. 

Melalui penyertaan pelbagai pemain industri pada pembentukan konsortium tersebut, dalam tempoh 3 bulan dijangka rangka tersebut akan dibentangkan kepada umum berhubung manfaat yang akan dinikmati semua pihak. 

Dimaklumkan KPDN akan laksana sesi libat urus bersama syarikat pengeluar berhubung hasrat pembentukan konsortium tersebut, dijangka satu pelan komprehensif akan dirangka untuk memberi jaminan inisiatif tersebut dapat menawarkan manfaat yang lebih baik kepada ekonomi negara. 

Setakat ini, usaha inisiatif Rahmah berterusan mendapat sokongan pemain industri. Terbaharu melalui segmen Menu Rahmah sejumlah 3,000 premis di bawah KFC dan Pizza Hut telah melanjutkan penawaran Menu Rahmah pada cawangan mereka di seluruh negara, bermula hari ini.