Artikel

Maybank : Aplikasi MAE Kini Berwajah Baharu, Sediakan Pengguna Pelbagai Ciri Akses Pantas

Selain meningkatkan ciri keselamatan pengguna pada perkhidmatan perbankan mereka – Maybank melalui aplikasi MAE kini tampil dengan antaramuka serta ciri-ciri baharu pada aplikasi mereka buat kemudahan semua pengguna

Makluman pada 28 Mei lalu, mengumumkan kemudahan itu kini telah tersedia buat pengguna Android dan Huawei, sementara pengguna aplikasi pada peranti iOS pula akan mula nikmati versi kemasikini tersebut mulai 30 Mei ini

Melalui wajah baharu aplikasi MAE ini, pengguna dapat melihat semua akaun dengan lebih mudah dan dapat menyesuaikan 8 butang pantas mengikut keperluan penggunaan pengguna pada aplikasi MAE. Sebagai contoh butang mengakses ATM Cash-Out, Transfer, Tabung atau Split Bills

Akses itu sekaligus memuudahkan pengguna untuk laksana segala pengasingan wang atau pembayaran di aplikasi MAE. 

Tidak hanya itu, ciri permohonan pinjaman, kad ataupun insurans turut tersedia pada butang Apply di ruangan utama aplikasi MAE. Ia dilihat lebih mudah dan tidak menyukarkan pengguna mencari ciri tersebut pada aplikasi. 

Menerusi perubahan antaramuka MAE ini, diharap semua pengguna peka dan merujuk kepada laman Maybank untuk ketahui pencerahan lanjut berhubung penampilan wajah baharu MAE ini.