Bermula Khamis minggu hadapan, 8 Jun 2023 ini – seramai 403,637 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 kini dimaklumkan boleh laksana semakan keputusan peperiksaan masing-masing.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) keputusan tersebut boleh diperolehi secara fizikal di sekolah para pelajar pada jam 10 pagi ataupun semakan pada pautan myresultspm.moe.gov.my bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang antara 8 Jun -14 Jun ini.
Selain itu, para pelajar juga boleh laksana semakan secara atas talian melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip SPM<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke talian 15888.
Kemudahan itu akan tersedia mulai jam 10 pagi pada 8 Jun sehingga 6 petang pada 14 Jun 2023.