Artikel

Malaysia Rancang Jadikan KL Selaku Hab Startup, Industri Digital Serantau 

Untuk merancakkan lagi arena ekonomi digital negara, Malaysia kini dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur selaku hab startup dan industri digital serantau.

Menurut Kementerian Ekonomi, usaha bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dilihat mampu membantu negara melonjakkan aliran pertumbuhan negara bersama kemasukan pelaburan baharu dan penawaran pekerjaan bergaji tinggi dengan lebih luas.

Berdasarkan usaha itu, langkah perubahan dasar secara agresif perlu dilaksanakan – merangkumi pelarasan tugas agensi kerajaan, proses visa pekerjaan yang lebih cekap, penawaran insentif digital yang menarik serta sasaran penghasilan tenaga kerja dalam industri digital pada pasaran negara.

Setakat ini mengikut laporan usaha tersebut masih diperingkat kerangka, dimaklumkan dasar dan inisiatif khusus berkaitan matlamat tersebut akan diketengahkan secara berperingkat kepada umum kelak.