Bagi meningkatkan daya saing sektor pendidikan negara, kini terdapat saranan untuk jadikan pendidikan keusahawan sebagai subjek teras di peringkat sekolah menengah.
Saranan ini menurut Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, adalah pendedahan awal yang bermanfaat untuk para pelajar sekolah, memahami keperluan pasaran semasa dalam arena keusahawanan.
Menurut MOF, statistik ketika ini menunjukkan hanya 40% daripada 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengorak langkah – melanjutkan pengajian mereka di peringkat lebih tinggi seperti Tingkatan 6, IPT dan TVET setiap tahun.
Sementara sekitar 300,000 lepasan SPM pula memilih untuk bekerja dan kebanyakkan pada arena perkilangan dan ekonomi gig. Baki ini sekaligus membawa kepada pertambahan jumlah kelas pendapatan B40 dan kumpulan ini tidak disedia sebarang pengetahuan awal berhubung ekonomi.
Buat pengetahuan umum, mengikut pendedahan DOSM sebelum ini didapati 97.71% pekerja ekonomi gig dalam seru-pandu adalah golongan belia berusia 15 tahun hingga 30 tahun dan didapati 1.46% daripada merupakan jumlah keseluruhan pekerja berstatus pelajar.
Setakat ini, saranan tersebut telah dikemuka bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sedang diteliti pertimbangan tersebut.