Artikel

RM10.54 Bilion Diperuntukkan, Bina Lebih Banyak Hotel Di Malaysia – MOTAC

Rentetan kemasukan pelancong ke Malaysia pada tahun ini dijangka mencapai 16.1 juta individu, sejumlah RM10.54 bilion kini diperuntukkan bagi aturan membina 65 buah hotel kategori mewah di pasaran negara.

Menurut Kementerian Pelancongan (MOTAC) pembinaan hotel ini adalah tindak-balas negara dalam memulihkan semula imej serta kualiti perkhidmatan perhotelan di Malaysia. Seperti yang umum ketahui, kesan era pandemik COVID-19 lalu telah membawa kemerosotan pada prestasi sektor perhotelan negara susulan ketirisan tenaga kerja pada tempoh sekatan tersebut.

Pembinaan hotel ini menurut laporan meliputi jumlah antaranya 22 buah hotel pada tahun ini, diikuti 16 buah hotel pada tahun 2024 dan 5 lagi hotel pada tahun 2025. Usaha ini turut menjadi langkah tambahan negara sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2025 kelak.

Tahun ini sahaja dengan kemasukan 16.1 juta pelancong, dijangka ia bakal membantu negara menjana sebanyak RM49.2 bilion pada perbelanjaan pelancong asing di Malaysia. Dan angka perbelanjaan tersebut disasar terus meningkat pada 2025 dengan kemasukan 23.5 juta pelancong bersama perolehan mencecah RM76.8 bilion.