Artikel

Isu Ringgit Merosot : Jemaah Menteri Akan Teliti Bersama BNM

Pada mesyuarat Jemaah Menteri petang ini, isu kemerosotan nilai Ringgit akan dikemukakan bersama Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut perkongsian Timbalan Kementerian Kewangan (MOF) Ahmad Masalan, difahamkan BNM akan akan merangka strategi khusus jangka pendek bagi mengatasi permasalahan berbangkit. Antara faktor yang mendorong kepada kemerosotan nilai Ringgit negara adalah kegagalan AS mencapai penyelesaian pada had siling hutang mereka – yang kini di paras $31.4 trilion.

Susulan had hutang baharu masih belum diluluskan, ini menyebabkan pelabur masih memegang nilai mata wang mereka dan ia sekaligus mengukuhkan lagi permintaan nilai mata wang AS.

Kemerosotan Ringgit yang berlaku ini untuk makluman boleh memberi kesan kepada aliran import negara yang menjadi lebih mahal, sementara pada sektor eksport pula akan menarik lebih banyak kemasukan perbelanjaan dalam sektor pelancongan Malaysia.