Artikel

Inflasi Malaysia Kini Paras 3.3%, Kos Makanan Masih Tinggi – DOSM

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang bertindak menjadi pengukur kepada paras inflasi utama Malaysia kini memaparkan prestasi inflasi pada April 2023 mencatatkan sedikit peningkatan kepada 3.3%.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, paras tersebut sedikit meningkat dibanding dengan data yang sama pada tahun 2022. Di mana kenaikan inflasi di Malaysia ini kekal didorong Restoran & Hotel (6.6%), serta Makanan & Minuman bukan Alkohol (6.3%). Manakala peningkatan lebih perlahan berlaku ke atas segmen pengangkutan dengan 2.3%, catatan ini sekaligus membantu inflasi negara – diimbangi dari terus meningkat lebih tinggi.

Selain itu, kenaikan inflasi di Malaysia pada April 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.0%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.5%), Kesihatan (2.1%) dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (1.8%).

Diikuti kenaikkan pada kos Makanan Di Rumah (5.0%), Makanan Di Luar Rumah (8.1%), Beras-Roti & Bijirin (6.4%), Daging (9.2%), Susu-Keju & Telur (7.0%), Gula-Jem-Madu-Coklat & Manisan (3.5%), Buah-Buahan (5.1%), Sayur-Sayuran (0.7%) dan Minyak & Lemak (-0.4).

Sementara paras inflasi mengikut negeri pula didapati 5 negeri papar peningkatan inflasi lebihi 3.3% iaitu dengan Putrajaya (4.1%), Sarawak (3.9%), Selangor (3.8%), Pahang (3.5%) dan Perak (3.4%).

Bagi perbandingan mengikut negara pula, Malaysia kekal jadi antara negara catat inflasi lebih rendah bersama Vietnam (2.8%) dan Thailand (2.7%). Berbeza dengan peningkatan inflasi di Filipina (6.6%), Singapura (5.7%), dan Indonesia (4.3%).