Artikel

Ekuinas Dalam Pertimbangan Teroka IPO Atau Laksana Penjualan Al-Ikhsan

Ekuiti Nasional (Ekuinas) kini teliti langkah bagi manfaatkan pelaburannya pada rangkaian barangan sukan jenama Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd. Berdasarkan semakan itu terdapat rancangan sama ada memanfaatkan pelaburan tersebut pada tawaran awam permulaan (IPO) ataupun laksana jualan dagangan.

Buat pengetahuan umum, Ekuinas memiliki sebahagian daripada jenama Al-Ikhsan setelah bertindak membeli 35% kepentingan dalam jenama pada Julai 2016 lalu bersama nilaiRM68.6 juta. Mengikut prestasi semasa, perolehan Al-Ikhsan telah menyumbang pertambahan 72.4% kepada RM485.4 juta bagi data tahunan.

Makluman pertimbangan yang dikongsikan pada sidang kewangan Ekuinas minggu ini, bagaimanapun masih dinilai dan akan dinyatakan pada perkembangan operasi kelak – sama ada akan keluar daripada Al-Ikhsan pada tahun ini atau sebaliknya.

Sekadar perkongsian, Al-Ikhsan untuk makluman telah beroperasi selama 30 tahun dan ditubuhkan sejak tahun 1993 lagi. Setakat ini terdapat 181 cawangan Al-Ikhsan terdapat di seluruh Malaysia.