Artikel

Mulai 1 Julai – Pengguna Maybank Perlu Guna Secure2u Di Aplikasi MAE Sahaja Bagi Sahkan Semua Transaksi MAE, M2U MY

Bagi mempertingkatkan tahap keselamatan perbankan para pengguna, Maybank mengumumkan mulai 1 Julai 2023 ini – pengesahan Secure2u akan dialihkan ke aplikasi MAE, yang bertindak meluluskan kesemua transaksi yang dibuat melalui web Maybank2u atau aplikasi M2U MY dan aplikasi MAE.

Ini bermakna pengesahan Secure2U tidak akan dilaksana pada aplikasi M2U My, hanya pada aplikasi MAE sahaja.

Maka peralihan ciri keselamatan tersebut memrlukan semua pengguna Maybank untuk mengaktifkan Secure2u anda melalui aplikasi MAE sekarang. Untuk makluman tempoh pengaktifan tersebut akan mengambil masa selama 12 jam – bagi pengaktifan Secure2u kali pertama dalam aplikasi MAE dan pengaktifan Secure2u pada aplikasi MAE di peranti pintar baharu. 

Melalui makluman ini, diharap semua pengguna Maybank peka akan keperluan Secure2U yang tertumpu pada aplikasi MAE kelak. Sekiranya tidak cakna, ini akan menimbulkan permasalahan pada kelulusan transaksi pengguna di aplikasi MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u.