Pengasas bersama Grab Holdings, Tan Hooi Ling kini dimaklumkan akan melepaskan jawatannya pada operasi firma teknologi di Asia Tenggara tersebut – menjelang akhir tahun ini.
Mengikut memo yang dikongsikan, setakat ini peranan Hooi Ling tidak akan digantikan mana-mana pihak. Anthony Tan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grab memaklumkan jawatan tersebut akan diteliti bersama pihak pengurusan lembaga pengarah sebelum menamakan sebarang calon.
Selain melepaskan jawatan selaku peneraju bersama, Hooi Ling turut akan meletak jawatan selaku sebahagian pengarah pada operasi. Tindakan itu difahamkan akan dilaksana dalam tempoh yang sama.
Setakat ini tiada sebarang faktor yang diperincikan berhubung pengunduran Hooi Ling pada firma Grab Holdings.