Pengeluar pakaian global, Uniqlo ketika ini memutuskan untuk keluar dari pasaran Rusia apabila dikhabarkan sedang membuka laluan bagi penjualan cawangannya di pasaran tersebut.
Firma Jepun di bawah seliaan Fast Retailing ini untuk makluman telahpun menggantungkan operasi mereka di Rusia sejak Mac 2022 – susulan krisis perdagangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine telah mengugat kesejahteraan ekonomi dunia.
Bagaimanapun difahamkan penamatan operasi tersebut masih tidak dikemukakan kepada pentadbiran Rusia, ia bermakna rantaian tersebut masih tidak menemui calon pembeli berpotensi pada peralihan cawangan tersebut.
Setakat ini difahamkan sekitar 50 cawangan Uniqlo terkesan akan penamatan operasi di Rusia.