Dalam usaha melaksanakan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) pada tahun ini, dianggarkan peruntukan yang diperlukan adalah sejumlah RM1.6 bilion.
Jumlah ini didasari berasaskan penyediaan 60,000 tan metrik minyak masak sebulan iaitu sekitar 60 juta paket minyak masak 1kg sebulan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) pada sidang Parlimen hari ini turut menjelaskan peruntukan tersebut turut diteliti tertakluk kepada pergerakan naik turun harga minyak sawit mentah (CPO).
Setakat ini, pada usaha pembekalan minyak masak subisidi tersebut, sejumlah 366 syarikat pembungkusan di seluruh negara telah dilantik bagi tujuan penyediaan pembekalan minyak masak berpaket itu di pasaran.